26 Dis - Pelakon Arbaeyah Abdul Manan atau lebih mesra dengan panggilan Abby Abadi, 34, mengakui masih sayangkan bekas kekasihnya, pelakon Zul Ariffin.Memetik laporan dari Malaysian Digest, hubungan kedua pasangan itu berakhir kerana ada spekulasi yang mengatakan orang ketiga punca cinta yang dibina selama tiga itu terputus. Tapi sebenarnya punca mengapa hubungan mereka terputus adalah kerana ego masing-masing.
"Saya tak boleh tipu diri saya. Hati saya masih pada dia. Saya masih sayang dia. Cuma apa yang boleh saya katakan, kami masing-masing ego. Saya rasa ego dia yang lebih tinggi sebab selama ini saya sudah banyak mengalah dan berterus terang", ujar Abby.
Janda anak tiga ini juga memberitahu bahawa beliau dan Zul cuba berusaha untuk memulihkan keadaan tetapi semuanya tidak berhasil. Disebabkan itu perhubungan mereka semakin renggang dan akhirnya membawa kepada perpisahan.
Sementara itu, Abby yang merupakan bekas ahli kumpulan Elite ini, mengakui bahawa dirinya masih mengikuti perkembangan bekas kekasihnya itu melalui laman social Facebook dan Twitter.
Menyentuh mengenai perkembangan terbaru, Abby kini sedang sibuk dengan penggambaran drama untuk slot Samarinda di TV3, "Pelangi Kasih" dan drama terbitan RTM, "Mulanya Di Sini".
Selain itu Abby juga menjadi pengacara untuk program "Women Power" di TV online, MOB TV. Abby juga bakal melancarkan single terbarunya, "Aku Tak Mahu" dan bakal menjadi duta kepada satu jenama produk kecantikan popular pada tahun depan.
pss: bahaya ego dalam perhubungan..hu~

0 comments:
Post a Comment