29.12.11

Gambar kontroversi Leina Hangat tersebar

29 Dis - Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi lagu "Hello Sayang" yang tidak pernah lepas dari kontroversi. Leina Hangat, atau nama sebenarnya Nor Azlina Abdul Rahman, 39, kini tampil sekali lagi mengundang amarah peminatnya apabila sebuah akhbar tabloid Malaysia menggelarnya "tak ubah seperti pelacur".
Leina apabila diminta memberikan komen tentang penyebaran gambar tersebut merayu agar jangan disalah ertikan perlakuannya kerana dia bukan sengaja, tetapi itulah kerjanya sebagai penghibur.
Leina akui bahawa gambar yang tersebar itu bertempat di majlis makan malam di mana rata-rata penontonya adalah bukan muslim.
"Ketika itu saya memakai pakaian yang agak menjolok mata, tetapi apakan daya, inilah tempat saya mencari makan dengan menghiburkan orang. Saya sama sekali tidak menyangka perkara ini akan mengundang kontroversi."
Leina berharap, agar masyarakat di luar sana tidak terus melabelnya dengan gelaran kurang elok disamping memberi amaran kepada mereka yang menyebarkan gambar tersebut.
"Saya cuma mencari rezeki yang halal dan kepada mereka yang sengaja menyebarkan gambar tersebut, berhentilah cuba menjatuhkan periuk nasi orang lain".

pss: banyak lagi cara mencari rezeki yang halal..he~

0 comments:

Post a Comment