30.12.11

Lelaki Itali menceraikan isterinya selepas 77 tahun mengetahui hubungan sulitnya pada 1940an

Seorang lelaki berusia 99-tahun menceraikan isterinya 77 tahun setelah mendapati sebungkus surat cinta lama yang mendedahkan hubungan sulit dia pada tahun 1940an, laporan harian Telegraph.

Rom wartawan akhbar British mengatakan dokumen-dokumen mahkamah pada baru dikeluarkan menunjukkan bahawa lelaki yang hanya dikenali sebagai Antonio C., menjumpai surat lusuh semasa menbersihkan laci meja beberapa hari sebelum Krismas.

Isterinya, Rosa C., dilaporkan mengaku tuduhan itu, tetapi tidak manpu berkata kerana suaminya telah membuat pemfailan perceraian.

Pasangan itu bertemu semasa tahun 1930-an apabila Antonio dihantar sebagai seorang pegawai muda Carabinieri untuk Naples.

Akhbar itu berkata, pasangan itu mempunyai lima pada anak, sedozen cucu dan seorang cicit.


Penduduk kampung Bavaria membina gereja ais

Penduduk sebuah bandar kecil Bavaria telah membina sebuah gereja daripada ais dan salji pada tempat yang sama di mana gereja ais yang lain telah dibina 100 tahun yang lalu oleh penduduk kampung yang mencari tempat untuk menyembah.

Gereja ais sementara, yang digelar "God Igloo" oleh salah satu akhbar Jerman, telah dikurniakan oleh Paderi Katolik rabu malam, Spiegel Online International Report.

Penduduk berharap untuk membuka gereja $ 200,000 semasa Krismas, tetapi telah terjejas oleh cuaca kurang sejuk dan kekurangan salji.

Gereja ais yang pertama telah dibina oleh penduduk kampung gunung yang terpaksa melakukan perjalanan 90 minit ke bandar jiran untuk meraikan Krismas. Apabila pegawai-pegawai bandar menolak rayuan mereka untuk gereja mereka sendiri, mereka telah membina satu gereja daripada salji dan ais .

Gereja ais 65 kaki panjang, 33 kaki lebar dan termasuk sebuah menara 57 kaki, menurut laporan Spiegel. Ia boleh menenpatkan 190 orang tempat duduk.





29.12.11

PATIENT DIES AFTER RATS CHEW OFF PENIS IN WARD

NEW DELHI, Dec 24 -- A pneumonia patient is alleged to have bled
to death after rats nibbled off his penis in a government-run hospital in
Kolkata, reported local media.
The horrific incident happened at the SSKM Hospital on Friday where Arun
Sandhukh, 53, was seeking treatment for pneumonia, reported the Asian Age
newspaper.
The hospital authorities admitted the prevalent of rat menace in the wards
but did not comment further.
"No nurse was found at the scene and he was writhing in pain. His penis had
been nibbled by rats," the victim''s relative only known as Bishwanath told the
media.
Only family members who came to visit Arun discovered him dead in a pool of
blood, said the news report.
-- MORE
RAT-PENIS (LAST) DELHI
Medical mishaps in poorly-equipped and overcrowded hospitals in Kolkata,
West Bengal''s capital, hogged media attention in recent weeks.
Last Saturday, an inebriated hospital cleaner, at the Calcutta Medical
College, was reported to have pulled off the oxygen mask of a three-week old
baby that led to her death.
In another appalling tragedy in a private hospital in Kolkata, over 90
people, mostly patients suffocated to death, after fire swept through the
building in the early hours of Dec 9.



Adlin vs. Chef Wan di Facebook

 Seperti menjadi trend artis di Malaysia ini, meluahkan perasaan marah terhadap rakan artis di laman sosial mereka, bukan sahaja memalukan diri sendiri malahan menunjukkan contoh yang tidak baik terhadap peminat.
Inilah yang terjadi di antara pelawak terkenal Adlin Aman Ramlie dan juga Chef terkenal, Chef Wan, yang menyelar tindakkan Adlin ketika membuat persembahan Maharaja Lawak Mega yang dikatakan terlampau sehingga sanggup melawak tentang arwah ayahnya sendiri. Kemudian, Chef Wan dengan beraninya telah memberi komen peribadi di dalam akaun Facebooknya tentang persembahan Adlin di dalam pertandingan tersebut.
Adlin Aman Ramlie tanpa berfikir panjang, telah menjawab apa yang dikatakan oleh Chef wan dan mengisytiharkan 'perang di laman sosial' di antara mereka berdua.
Tindakan mereka berdua ini sememangnya tidak professional dan tidak menampakkan kematangan mereka yang sememangnya telah lama di persada dunia hiburan.
Adlin juga kelihatan kecewa kerana tidak berjaya mara ke peringkat akhir, perjalanan Adlin di dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega berakhir pada minggu ke – 8.




Tuah Tom Cruise


KEJAYAAN yang dimiliki aktor terkenal Hollywood Tom Cruise hari ini bukan datang dengan mudah meskipun aktor kelahiran Syracuse, New York itu memiliki wajah yang tampan. Ibu bapanya bercerai ketika dia berusia 11 tahun dan kehidupan berpindah-randah memaksanya bersekolah di 15 buah sekolah. Sekolah terakhirnya adalah Glen Ridge High School, New Jersey.

Dibuli merupakan perkara biasa ketika zaman persekolahannya, tambahan dia mempunyai masalah disleksia iaitu gangguan dalam pembelajaran iaitu sukar membaca dan menulis. Justeru, Cruise bukanlah pelajar yang cemerlang ketika zaman persekolahannya, dia mengalih tumpuan kepada aktiviti sukan dan kecederaan lutut yang dialaminya ketika bergusti, membuat dia secara tidak sengaja terjun ke dunia lakonan.

Pada usia 18 tahun, dia meninggalkan Glen Ridge dan memburu impian sebagai seorang aktor di New York. Waktu siang dia melakukan pelbagai pekerjaan antaranya sebagai budak penghantar surat sehinggalah sebagai pembersih restoren dan pada waktu malam diperuntukkan untuk kelas lakonan sebagai persediaan buatnya menjalani uji bakat iklan, drama dan filem.

"Bukan mudah untuk saya berdiri seperti hari ini, sebelum berjaya mendapat kontrak filem pertama Endless Love pada tahun 1981, saya telah merasai pengalaman ditolak pengarah dan penerbit. Saya tidak menjadi aktor untuk memiliki kuasa (wang dan populariti) tetapi ia berlaku dengan sendirinya secara tidak langsung menyebabkan saya memperoleh lebih banyak peluang.

"Saya juga sedar yang kuasa itu tidak akan kekal selamanya dalam kerjaya saya sebagai pelakon. Jadi, saya mahu menggunakannya sehabis yang mungkin, terlibat dalam naskhah yang hebat dan apabila masa itu berlalu saya akan tersenyum kerana telah menjalani hidup dengan sepenuhnya," ujarnya.

Meskipun merupakan aktor yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood, dia menegaskan dia tidak pernah melakukan kerja kerana wang.

"Jujur, saya tidak pernah lakukan kerja semata-mata kerana wang. Ya, sebagai aktor saya diberi pilihan dan tawaran yang menarik tetapi terpulang kepada diri sendiri sama ada mahu menerimanya atau tidak. Jika pilihan terletak pada wang dan filem tersebut tidak mendapat sambutan, wang itu tidak bererti apa-apa," jawabnya yang masih menerima tawaran berlakon dalam filem indie.

Kini, selepas lebih tiga dekad terlibat dalam industri perfileman, Cruise bukan sekadar seorang pelakon tetapi dia juga seorang penerbit filem dan mungkin juga bakal penyanyi kerana selepas filem Mission Impossible - Ghost Protocol, dia diangkat sebagai penyanyi rock legenda dalam filem muzikal berjudul Rock of Ages akan berada di pawagam pada Jun tahun hadapan.

Menariknya, ramai yang terkejut apabila mendapat tahu Tom benar-benar boleh menyanyi dan suaranya turut mendapat pujian ramai. Malah, salah seorang pelakon dalam filem itu yang juga seorang penyanyi terkenal, Mary J. Blige turut mendedahkan yang dia teringin untuk merakamkan lagu duet bersama Cruise.

"Jika dia tanya saya, saya terus setuju. Dia memang seorang penyanyi yang bagus dan benar-benar mempunyai aura sebagai seorang penyanyi terkenal. Jiwa rock dalam dalam diri seseorang dan Tom memilikinya," kata Mary J. Blige.

Kebolehan menyanyi Cruise itu turut diakui oleh isterinya, Katie Holmes, bagaimanapun memberitahu, suaminya itu mengikuti kelas vokal selama beberapa minggu sebelum penggambaran bermula.


PENGHUJUNG 2011 menyaksikan nama Tom Cruise kini kembali dijulang sebagai bintang filem pecah panggung menerusi ke munculan filem Mission Impossible - Ghost Protocol.

"Ya, saya suka menyanyi tetapi saya tidak rasa saya boleh lakukannya sebaik lakonan. Jika untuk suka-suka ya tetapi untuk serius saya belum terfikir mengenainya lagi," katanya yang membawakan watak Stacee Jaxx dalam filem muzikal itu.

Misi mustahil

Aktor yang telah berlakon 44 buah filem itu termasuk semua filem sekuel Mission Impossible serta terkini Ghost Protocol tidak hanya berlakon sebaliknya turut bertindak sebagai penerbit telah melakukan pelbagai aksi lagak ngeri sebagai ejen perisik bernama Ethan Hunt.

Sebagai penerbit memilih pengarah JJ Abrams untuk mengarah filem buat kali pertama merupakan satu risiko yang besar tetapi Cruise mempunyai alasan yang tersendiri terhadap pilihannya.

"Kisahnya begini, saya dan Steven Spielberg tengah bekerja untuk filem War of the Worlds dan kami berjumpa beberapa orang penulis dan penulis itu termasuk JJ. Tidak mengambil masa yang lama untuk saya menyukai kerjanya dan dia seorang yang berkarisma serta bijak.

"Kami bekerjasama secara tidak sengaja apabila setiausaha JJ memberi saya pita drama aksi Alias musim pertama yang diarah oleh JJ. Selang beberapa hari saya habis menonton satu musim drama Alias dan saya menyukai kerjanya. Saya menghubunginya ketika itu dia berada di Hawaii melakukan penggambaran drama Lost. Sekembalinya dia di Los Angeles kami berjumpa dan saya tanya bila dia mahu mengarah filem," jelas Tom.

Sungguhpun begitu, untuk seorang pengarah yang tidak pernah mengarah filem berbajet besar pasti menimbulkan kebimbangan di hati seorang penerbit.

"Saya rasa seperti ini bukan filem pertamanya. Filem ini paling kompleks dan sekuel Mission Impossible terbesar yang pernah kami hasilkan. Lihat sahaja lokasi penggambarannya, China, Rom, Dubai dan Jerman tetapi kami berjaya melakukan penggambaran mengikut jadual dan di bawah bajet. Hasilnya juga cukup mengagumkan.

Dalam filem ini banyak aksi lagak ngeri dilakonkan Cruise dan paling diingati adalah babak dia keluar daripada bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa di Dubai dan berjalan di atas cermin tingkap bangunan yang mempunyai ketinggian 2,717 kaki bersamaan dengan 163 tingkat. Katanya untuk babak yang dilakukan di tingkat 140 itu sahaja dia telah berlatih selama sebulan.



Beruang panda gergasi makan haiwan antelop

PINGWU, China - Sebuah kamera infra merah berjaya merakamkan gambar seekor haiwan panda gergasi makan seekor antelop yang mati di sebuah hutan di sini.

Menurut laporan media, kamera itu dipasang di dalam hutan tersebut sebagai usaha untuk mengira bilangan panda.



Musim tangkap kapis di AS

HARPSWELL, Amerika Syarikat (AS) - Musim menangkap kapis yang merupakan haiwan marin berkerang di Harpswell bermula sejak 17 Disember lalu.

Daging kapis yang ditangkap di sini berkualiti tinggi kerana ia dibawa ke daratan pada hari yang sama haiwan marin itu ditangkap.

Harga haiwan itu dianggarkan mencecah AS$10 (RM31.75) bagi setiap 453.59 gram.

Haiwan berkerang itu akan hanya ditangkap antara matahari terbit dan matahari terbenam.

Para nelayan memperoleh pendapatan tambahan dalam musim sejuk dengan menangkap kapis.


Paderi bergaduh semasa menyapu

BAITULAHAM - Sejumlah paderi bergaduh semasa membersihkan dengan penyapu lantai gereja Nativiti yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa di sini, Tebing Barat kelmarin, kata beberapa saksi dan polis Palestin.

Pergaduhan itu melibatkan kumpulan paderi dari Armenia dan Greece Ortodoks.

Tiada laporan mengenai kecederaan berlaku dalam pergaduhan itu.

Pergaduhan itu berlaku selepas beberapa paderi menyapu di kawasan yang dikhaskan untuk kumpulan paderi lain.

Polis Palestin campur tangan bagi menamatkan pergaduhan itu.



Hotel ais jadi tumpuan di Romania

BUCHAREST, Romania - Sebuah hotel yang diperbuat daripada ais di kawasan pergunungan Fagaras menjadi tumpuan orang ramai dan para pengunjung.

Hotel Balea Lac itu cuba menawarkan 10 bilik yang mempunyai katil besar dengan suhu di antara -2 dan + 2 darjah Celsius pada harga AS$45.73 (RM145.19) setiap orang.

Para pelancong juga boleh makan di restoran dalam hotel itu.

Hotel itu dibina pada setiap tahun supaya ruang dalaman tidak kelihatan sama setiap kali musim sejuk.

Pekerja-pekerja tempatan memotong lapisan ais di kawasan pergunungan itu untuk digunakan bagi membina dinding hotel ais tersebut.



Video pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS

KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.

Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.

"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.

Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.

Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.

"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.

Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.

Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.

Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.

Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."

Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Boots dengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."

Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.

Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.

Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.

Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu.

Aziz Bari dilamar PAS

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Prof Dr Aziz Bari dipelawa Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia (DPMM) untuk menyertai parti berkenaan bagi meneruskan perjuangannya sebagai Pakar Perlembagaan dan Undang-undang negara selepas menamatkan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) baru-baru ini.
Naib Ketua DPMM, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, pihaknya mengharapkan agar bekas pensyarah UIA itu dapat menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu supaya dapat terus berjuang mengembalikan sistem negara kepada landasan yang betul dan tepat.
“Kami mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam parti sebagai ahli politik bagi membetulkan sistem negara kerana parti amat memerlukan pengalaman dan ilmunya yang luas dalam bidang perundangan.
“PAS yakin penyertaan Aziz (gambar) akan dapat memberikan manfaat yang baik kerana ilmu yang telah di ajarnya selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas undang-undang yang sebenar,” katanya.
Menurut Raja Ahmad, perjuangan Aziz dalam memelihara Perlembagaan negara akan akan terus berkembang di bawah PAS.
“Kami yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkannya akan terus terpelihara kerana Aziz bukan sahaja mengajar malah turut menggubal perundangan itu sendiri,” tambahnya.
Jelasnya lagi, PAS yakin penyertaan Aziz akan memantapkan lagi cita-cita mereka untuk melaksanakan Islam di negara ini.
“Kami masih menunggu keputusan beliau, malah kami tetap menghormati Aziz sebagai seorang yang berpegang teguh dengan pendiriannya,” katanya lagi.
Bekas pensyarah Fakulti Undang-undang UIA ini dalam laporan awal The Malaysian Insider sebelum ini tidak menafikan beliau akan meninggalkan universiti berkenaan ekoran siri tekanan termasuk siasatan terhadap kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.
Namun demikian, mengulas berkenaan spekulasi yang beliau akan memasuki arena politik, Aziz memberitahu, “politik sebagaimana akademik adalah medan yang perlu untuk perubahan dalam masyarakat.”
“Tetapi politik bukan bidang yang akan jadi profesyen saya sebagaimana akademik. Saya tetap akan berfungsi sebagaimana sebelumnya, khususnya memberi pandangan, menulis dan seumpamanya. Saya harap saya akan kembali ke dunia akademik meskipun tidak semestinya di UIA,” katanya lagi.



Gambar kontroversi Leina Hangat tersebar

29 Dis - Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi lagu "Hello Sayang" yang tidak pernah lepas dari kontroversi. Leina Hangat, atau nama sebenarnya Nor Azlina Abdul Rahman, 39, kini tampil sekali lagi mengundang amarah peminatnya apabila sebuah akhbar tabloid Malaysia menggelarnya "tak ubah seperti pelacur".
Leina apabila diminta memberikan komen tentang penyebaran gambar tersebut merayu agar jangan disalah ertikan perlakuannya kerana dia bukan sengaja, tetapi itulah kerjanya sebagai penghibur.
Leina akui bahawa gambar yang tersebar itu bertempat di majlis makan malam di mana rata-rata penontonya adalah bukan muslim.
"Ketika itu saya memakai pakaian yang agak menjolok mata, tetapi apakan daya, inilah tempat saya mencari makan dengan menghiburkan orang. Saya sama sekali tidak menyangka perkara ini akan mengundang kontroversi."
Leina berharap, agar masyarakat di luar sana tidak terus melabelnya dengan gelaran kurang elok disamping memberi amaran kepada mereka yang menyebarkan gambar tersebut.
"Saya cuma mencari rezeki yang halal dan kepada mereka yang sengaja menyebarkan gambar tersebut, berhentilah cuba menjatuhkan periuk nasi orang lain".

pss: banyak lagi cara mencari rezeki yang halal..he~

Erra gembira dengan perkahwinan Yusry & Lisa

28 Dis - Perkahwinan di antara aktress terkenal dan jelita, Lisa Surihani bersama pengarah "Hikayat Merong Mahawangsa", Yusry Abd.. Halim, bukanlah satu rahsia setelah satu majlis kecil telah dibuat untuk mengumumkan tarikh nikah dan persandingan yang bakal dibuat tahun hadapan pada tanggal 23 Februari di Masjid Tuaku Mizan, Putrajaya.
Umum sedia maklum tentang perkahwinan sebelum ini di antara Yusry dan Erra Fazira yang pernah berkahwin sekitar tahun 2003 hanya mampu bertahan lebih kurang 3 tahun. Kini semuanya tinggal kenangan dan Erra dengan Yusry kekal sebagai kawan baik. Dan Erra juga telah pun mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurnai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Erra yang diminta memberikan komen susulan mengenai berita perkahwinan bekas suaminya itu menyatakan bahawa beliau amat gembira dan mendoakan yang terbaik buat Yusry dan Lisa. Malah Erra berharap agar mereka berdua akan bahagia ke anak cucu dan segera menimang anak selepas disatukan nanti.

pss: semoga bahagia hendaknya..he~

Kerana ego kami berpisah : Abby Abadi

26 Dis - Pelakon Arbaeyah Abdul Manan atau lebih mesra dengan panggilan Abby Abadi, 34, mengakui masih sayangkan bekas kekasihnya, pelakon Zul Ariffin.
Memetik laporan dari Malaysian Digest, hubungan kedua pasangan itu berakhir kerana ada spekulasi yang mengatakan orang ketiga punca cinta yang dibina selama tiga itu terputus. Tapi sebenarnya punca mengapa hubungan mereka terputus adalah kerana ego masing-masing.
"Saya tak boleh tipu diri saya. Hati saya masih pada dia. Saya masih sayang dia. Cuma apa yang boleh saya katakan, kami masing-masing ego. Saya rasa ego dia yang lebih tinggi sebab selama ini saya sudah banyak mengalah dan berterus terang", ujar Abby.
Janda anak tiga ini juga memberitahu bahawa beliau dan Zul cuba berusaha untuk memulihkan keadaan tetapi semuanya tidak berhasil. Disebabkan itu perhubungan mereka semakin renggang dan akhirnya membawa kepada perpisahan.
Sementara itu, Abby yang merupakan bekas ahli kumpulan Elite ini, mengakui bahawa dirinya masih mengikuti perkembangan bekas kekasihnya itu melalui laman social Facebook dan Twitter.
Menyentuh mengenai perkembangan terbaru, Abby kini sedang sibuk dengan penggambaran drama untuk slot Samarinda di TV3, "Pelangi Kasih" dan drama terbitan RTM, "Mulanya Di Sini".
Selain itu Abby juga menjadi pengacara untuk program "Women Power" di TV online, MOB TV. Abby juga bakal melancarkan single terbarunya, "Aku Tak Mahu" dan bakal menjadi duta kepada satu jenama produk kecantikan popular pada tahun depan.

pss: bahaya ego dalam perhubungan..hu~

Lelaki Colorado pulangkan $ 10,000 (RM 31,550) yang ditemui di lapangan terbang Vegas

Greenwood VILLAGE, Colo (AP) - Seorang lelaki Colorado yang menjumpai $ 10,000 (RM 31,550)  sebelum menaiki penerbangan di Las Vegas mengatakan dia kembalikan wang kepada pemilik kerana dia mahu menunjukkan kepada anak-anak ia adalah "perkara yang betul untuk dilakukan."
Mitch Gilbert pemastautin Greenwood Village berkata kepada KUSA-TV dia menemui dua sampul surat Caesar Palace tidak bertanda di lapangan terbang dan menyedari ada wang di dalam apabila dia tiba di rumah. Stesen televisyen melaporkan bahawa Gilbert yang menghubungi lapangan terbang dan akhirnya dapat berhubung dengan seorang lelaki dari El Paso, Texas, yang katanya kehilangan wang.
Gilbert mengatakan dia telah menyimpan wang dalam akaun bank lelaki tersebut dua hari sebelum Krismas. Lelaki itu memberitahu stesen televisyen dia memenangi perjudian wang dan tercicir ketika berlari untuk mengejar penerbangan.

pss: bayangkan apa yang terjadi sekiranya anda yang menjumpai $ 10,000 (RM 31,550) tersebut..he~

Shahrukh Khan tak tahan berlakon di Malaysia?

Nama aktor Bollywood terkenal, Shahrukh Khan bukanlah satu nama asing dalam industri perfileman dunia. Malah disebabkan popularitinya itu juga telah berjaya mendapat perhatian pihak kementerian Melaka sehinggakan mendapat gelaran Datuk.
Selepas filem "Ra One", kini Shahrukh Khan atau kadangkala dikenali sebagai SRK tampil semula dengan filem aksi sekuel "Don 2". Filem ini sudah pun berada di pawagam tempatan pada 23 Disember lalu.
Ikuti temubual bersama aktor berusia 46 tahun ini.
Ceritakan tentang watak anda dalam filem "Don 2".
Saya memegang watak utama iaitu Don yang merupakan seorang lelaki yang lahir daripada latar belakang kacau bilau. Don merupakan seorang lelaki yang berani untuk membunuh musuh dan merosakkan seseorang tanpa rasa belas kasihan. Dia melakukan perkara tersebut adalah untuk mendapatkan kepuasan sendiri. Saya juga dapat gambarkan Don sebagai karakter kartun ganas tetapi pada masa yang sama kelakar.
Bagaimanakah pengalaman anda berlakon di Berlin, Jerman?
Ahh, itu antara pengalaman berlakon yang tidak dapat saya lupakan kerana terpaksa menahan kesejukan ketika suhu berada di tahap terendah di antara –3 ke –4 darjah selsius. Mungkin babak yang dilakonkan tampak sekejap tetapi untuk melakonkan watak tersebut terlebih dahulu pasti dilakukan berulang kali bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Saya juga bersyukur kerana diberikan kumpulan yang bagus, setiap kali babak berakhir mereka akan segera menutupi badan saya dengan selimut dan ini merupakan antara detik manis bersama mereka.
Anda juga turut berada di Malaysia untuk penggambaran "Don 2". Boleh berkongsi pengalaman anda sepanjang berada di sini?
Wow! Malaysia merupakan sebuah negara yang cantik dan aman. Saya berada di sini lebih kurang 5 hari dan kami melakukan penggambaran di sebuah penjara di Melaka. Suhu di sini pula terlampau panas di mana lebih kurang 40 darjah selsius.Terus terang saya akui tidak tahan dengan cuaca panas di Malaysia. Tambahan pula ianya agak berlainan dengan situasi ketika di Jerman. Selain itu juga saya mengalami kesukaran di mana Don mengenakan rambut panjang ketika berada di penjara. Ia telah menyebabkan kegatalan aoabila berpeluh. Keadaan tersebut menyukarkan saya untuk menghayati watak. Selebihnya baik-baik sahaja.
"Don 2" merupakan filem bergenre aksi. Adakah sukar memainkan watak ini?
Pada saya ianya agak mencabar. Untuk menjadi bagus tidak mungkin kerana skil berlawan perlukan masa yang panjang untuk menjadi profesional. Tapi apa yang boleh saya katakan, pertolongan dari pihak Jerman sememangya membantu. Saya dapat mempraktikkan beberapa skil dengan baik hasil daripada latihan yang diberikan. Tidak sah jika berlawan tidak luka, ya. Ada sedikit luka di bahagian anggota badan saya, tetapi tidak serius.
Anda berpeluang bekerjasama dengan pengarah terkenal Farhan Akhtar, adakah beliau merupakan pengarah yang bagus?
Ya, dia sememangnya pengarah yang berbakat dan sangat prihatin terhadap pelakonnya. Beliau melayan kami bagus contohnya apabila visual yang telah dihasilkan dikritik bersama. Farhan juga dapat dilihat cuba sedaya upaya untuk menyelami perasaan seseorang pelakon agar beliau sendiri dapat menghayati babak yang bakal disampaikan. Ini merupakan contoh pengarah yang bagus.
Sebelum berakhir, apakah harapan anda untuk filem "Don 2"?
Saya sebenarnya takut untuk menerima kritikan peminat. Saya sudah cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam filem ini. Apa yang boleh saya katakan, biar peminat tentukan kredibiliti saya dan pelakon lain dalam filem ini. Tanggungjawab kami sudah selesai, kini peminat pula untuk memberikan pandangan terhadap mutu filem ini. Diharap semua dapat menikmati kelainan yang ada di dalam filem "Don 2" ini nanti.
Terima kasih, Shahrukh Khan. Selamat berjaya!
Sama-sama dan terima kasih juga.

pss: dapat gelaran datuk kt melaka, kena la berlakon kt melaka juga..he~

crdt yahoo ent.

Yusry dan Lisa sah kahwin 23 Februari 2012

27 Dis - Akhirnya, khabar angin mengenai percintaan antara Lisa Surihani dan Yusry Abd. Halim yang diperkatakan sejak beberapa detik sebelum ini terjawab sudah. Pada satu majlis santai yang diadakan di Marriot Hotel, Putrajaya, pasangan tersebut menjawab segala persoalan mengenai percintaan mereka. Lisa yang semakin berseri-seri ditemani oleh ibunya Puan Siti Amira Ahmad dan kedua abang Lisa manakala Yusry hadir bersama kedua ibu bapanya Encik Abd. Halim dan Puan Zarina bagi mengumumkan tarikh pernikahan dan persandingan mereka.
Tanggal 23 Februari bakal mencipta sejarah apabila tarikh tersebut menyaksikan penyatuan dua jiwa yang akan diijabkabulkan di Masjid Besar, Tuaku Mizan Putrajaya selepas solat Asar. Diikuti resepsi kedua-dua belah pihak yang dibuat sekaligus bertempat di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari tahun hadapan.
Perkenalan lebih kurang setahun diantara Lisa dan Yusry di BBM (Blackberry Messenger) telah membuatkan pelakon 'Ombak Rindu' ini mula mengenali sikap Yusry yang sebenarnya seorang yang rendah diri dan senang didekati.
Disogok dengan persoalan mengapa Lisa yang menjadi pilihan Yusry, beliau menjawab dengan penuh yakin bahawa " Saya mengenali dia lebih kurang setahun dan pada masa tersebut saya sedang sibuk dengan penggambaran 'Vikingdom', saya tiada masa untuk keluar ke sana ke mari seperti pasangan lain tapi itu tidak menjadi masalah kepada Lisa, dia tidak pernah lupa untuk pergi ke set penggambaran untuk berjumpa saya, dari situ saya dapat rasakan bahawa dia adalah yang terbaik dan seorang yang penyayang. Saya mengambil masa yang agak lama untuk membawa Lisa berjumpa keluarga dan setelah merasakan dia sesuai, baru saya bawa dan dari situ dapat lihat, Lisa senang bercampur dan cepat mesra".
Lisa Surihani yang telah dirisik oleh keluarga Yusry pada 23 Disember 2011 memberitahu bahawa kalau boleh mereka tidak mahu perkahwinan mereka dicanang sebagai "Wedding of the year" cukuplah sekadar "Simple But elegan".
Walaubagaimanapun menurut Lisa, nilai hantaran dan tema untuk perkahwinan yang bakal berlangsung tidak sampai 2 bulan ini masih belum dipikirkannya lagi kerana bagi Lisa, dia lebih memikirkan kehidupan selepas bergelar suami isteri kelak.
Ditanya adakah pihak Astro akan menaja sepenuhnya perkahwinan mereka. Yusry menjawab bahawa dirinya mahupun Lisa tidak tahu mengenai perkara itu.
"Itu semua tiada kaitan di antara saya, itu harus ditanya kepada orang yang bertanggungjawab menguruskan Lisa, Metrowealth, saya tiada hak untuk menjawab dan tidak tahu mengenai perkara tersebut. Tapi jika ditawarkan kami tiada masalah".
Ditanya tentang kerjayanya sebagai pelakon, Lisa memberitahu bahwa dirinya tidak akan berhenti berlakon dan perkara tersebut pernah dibincangkan bersama Yusry.

kick start

assalammualaikum dan salam 1malaysia.. selamat datang diucapkan kepada pada sesiapa saja yang mengunjungi blog papamama.